Wednesday, May 25, 2022

750 polis pantau 56 lokasi panas di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak akan memulakan operasi khas ‘Ops Selamat 18’ selama 10 hari bermula hari ini secara besar-besaran dengan melibatkan sebanyak 56 lokasi terpilih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, operasi akan melibatkan 750 pegawai dan anggota polis kontinjen Sarawak dari pelbagai cawangan, yang turun padang dengan bertemakan ‘Rumah selamat, selamat sampai ke destinasi’.

“Operasi melibatkan anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik seramai 440 orang, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti seramai 115 orang, Jabatan Siasatan Jenayah (62 orang), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seramai 45 orang, balai atau tugas am 63 orang dan lain-lain seramai 25 pegawai dan anggota.

“Lokasi tumpuan operasi dan rondaan adalah di 56 lokasi terpilih merangkumi 36 kawasan Jalan Persekutuan dan 20 buah kawasan di jalan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Op Selamat 18 perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 bertempat di bangunan Boulevard, di sini pada Khamis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru