Sunday, May 29, 2022

Polis bantu lerai pergaduhan suami isteri warga emas

Secara Rawak

DELHI: Sepasang suami isteri warga emas, Shivanath dan Janka Devi bergaduh teruk sehingga mereka terpaksa meminta bantuan polis menyelesaikannya.

Menurut pegawai polis di Balai Gonda, pasangan itu tinggal berasingan selepas pergaduhan terbaru mereka.

Mereka kemudiannya dipanggil ke balai polis untuk menyelesaikan isu tersebut.

Sebuah video yang kini tular di media sosial menyebabkan netizen tersentuh hati melihat cara pegawai bernama Santosh Mishra menyelesaikan masalah mereka itu.

Mishra dikatakan mendengar cerita kedua-dua pihak dan hasilnya muncul dengan satu kaedah mencuit hati menyatukan mereka berdua.

Dalam video tersebut, pasangan itu dilihat menyuap gula-gula antara satu sama lain atas permintaan Mishra.

Semasa menyuap gula-gula ke mulut isterinya, Shivanath kedengaran sempat bergurau dengan isterinya: “Jangan gigit tangan saya”.

Video yang dimuat naik di akaun Twitter milik Polis Gonda itu meraih pelbagai pujian dari orang ramai dan hasil usaha murni Mishra itu, pasangan tersebut dikatakan berdamai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru