Friday, July 1, 2022

Pekebun di Mukah maut dilanggar kereta

Secara Rawak

MUKAH : Seorang pekebun maut dilanggar kereta pancuan empat roda dalam perjalanan menaiki motosikal ke kebunnya dalam kejadian di Jalan Mukah-Balingian pada pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias mangsa Umar Bin Katon 78 tahun bergerak lurus dari arah pusat bandar Mukah dan cuba memasuki simpang ke kebunnya di sebelah kanan jalan raya.

“Bagaimanapun mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh  pemandu kereta pacuan empat roda Toyotta Hilux berkenaan.

“Akibat dari pelanggaran itu penunggang telah tercampak ke tepi jalan dan telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat dan kenderaan dibawa ke Balai Trafik IPD Mukah.

Manakala pemandu berkenaan telah ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk tindakan lanjut dan polis IPD Mukah kini juga sedang mencari saksi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru