JULAU: Adakah penyandang kerusi Parlimen Julau Larry Sng akan mempertahankan kubu kuatnya dalam PRU-15 nanti?
Sebagai presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) bukanlah sesuatu yang mengejutkan kalau beliau mengambil keputusan untuk bertanding.
“Tidak kira siapa yang akan bertanding di sini (Julau) pada PRU-15, akan menerima saingan sengit daripada saya,” jelasnya kepada wartawan.
Katanya, hal ini berdasarkan maklum balas daripada pengundi ketika mengadakan program rakyat di peringkat akar umbi, termasuk di rumah panjang.
“Penduduk di kawasan Julau memerlukan khidmat saya. Ia isyarat jelas pengundi,’ jelasnya.
Presiden PRS yang baharu, Datuk Joseph Salang Gandum dijangka menentang Larry Sng yang menewaskan beliau dalam PRU-14.
Salang menang tanpa bertanding utnuk merebut jawatan presiden selepas kekosongan susulan pemergian Tan Sri Dr James Jemut Masing pada tahun lepas.
“Jika GPS merasakan saya layak bertanding ia mungkin mencalonkan saya,” katanya dipetik berkata.
“Kita hanya dapat merancang tetapi kita tak tahu sama ada kita dalam keadaan sihat atau sebaliknya,” katanya lagi.
Pada 2018, Larry yang bertanding sebagai calon Bebas mengalahkan Salang selepas meraih 10,105 undi atau 55.28 peratus undi.