Wednesday, May 25, 2022

Pembangkang tiada dana, tiada peruntukan

Secara Rawak

SIMANGGANG: Terima kasih kerana setia menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS), itu dizahirkan Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis sehingga kawasan terbabit kekal menjadi kubu kuat GPS.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat itu memberitahu, tindakan rakyat memilih GPS sebagai keputusan yang tepat. “Saya berterima kasih kepada penduduk di Rumah Panjang Denis Thomas yang setia menyokong GPS, sehingga memberikan kemenangan kepada saya untuk dilantik semula sebagai wakil rakyat daripada parti pemerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Balai Raya Rumah Panjang Denis Thomas, Kampung Liu C, Bayai, semalam.

Jelasnya, pembangkang tidak dapat menyalurkan peruntukan kerana mereka tiada dana. “Maka, yang rugi adalah rakyat yang mengundi pembangkang. “Biarpun kita mengamalkan demokrasi, namun harus diingat bahawa demokrasi itu sendiri mempunyai pilihan yang ditentukan oleh manusia yang mempunyai  perasaan,” ujarnya.

Menyentuh soal balai raya atau dewan serba guna yang telah siap pada 2021, Harden memberitahu, ia merupakan projek RTP bagi Dun Simanggang.

Pada majlis sama telah diluluskan peruntukan MRP berjumlah RM5,000 kepada JKKK Rumah Panjang Denis Thomas Kampung Liu C bagi membeli atap rumah pasang siap, selain RM5,000 lagi kepada biro wanita untuk membeli perkakas dapur.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru