Friday, August 19, 2022

Ibu ini mencuri telefon genggam anaknya, mengapa?

Secara Rawak

JAKARTA: Puasih, 34, warga Sandubaye, Turide, Kota Mataram, Nusa Tenggara Barat kehilangan telefon genggam di rumahnya, lalu membuat laporan polis pada 1 Desember 2021.

Empat bulan kemudian polis berhasil menangkap pelakunya.

Yang mengejutkan menurut laporan Kompas.com ialah individu berkenaan ialah AM, 64, ibu kandungnya sendiri.

Terbongkarnya kes tersebut setelah polis menemukan posisi telefon milik Puasih pada Sabtu.

“Ia mengaku mencuri ponsel saat anaknya sedang tidur. Tak hanya itu. AM bercerita ia nekad mencuri telefon kerana anaknya tak pernah memberikan nafkah kepadanya,” lapor Kompas.com lagi.

Padahal dia mengasuh lima anak Puasih serta mencuci baju di rumah anaknya.

“Dia anak kandung saya yang paling besar, saya kesal kerana itu saya ambil HP-nya, ketika dia masih tidur jam 12 malam, saya jual HP-nya, kerana tidak pernah menafkahi, padahal anaknya pernah tinggal dengan saya,” kata AM.

“Saya kesal padanya, kerana tidak pernah menafkahi, tidak pernah memberi wang, padahal cucu yang tinggal dengan saya lima orang,” tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru