Wednesday, May 25, 2022

Calon PRU-15: Ahli Parlimen serah kepada Abang Johari

Secara Rawak

KUCHING: GPS ketika ini mempunyai 18 ahli parlimen selepas Datuk Masir Kujat kelar dari PRS sebelum keluar lagi dari parti pembangkang itu baru-baru ini.

Daripada 18 ahli parlimen yang tinggal, 13 orang adalah daripada PBB.

Ahli parlimen berkenaan ialah Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Sri Fadillah Yusof, Datuk Sri Nancy Shukri, Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Datuk Robert Lawson Chuat, Yusuf Abdul Wahab, Ahmad Johnie Zawawi, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, Lukanisman Awang Sauni, Datuk Hasbi Habibollah, Datuk Henry Sum Agong dan Datuk Rubiah Wang.

Adakah daripada penyandang itu tidak akan bertanding lagi dalam PRU-15 nanti?

Lazimnya, boleh dikatakan dalam setiap PRN atau P{RU akan ada penyandang yang mengundurkan diri atau tidak dicalonkan semula.

Dalam konteks dicalonkan semula atau tidak, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menyerahkan kepada Presiden, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menentukan calon parti itu nanti.

Rubiah berkata, sebarang keputusan termasuk mengekalkan atau menggugurkan penyandang ialah prerogatif Abang Johari.

“Ini terpulang kepada budi bicara  Presiden sendiri kerana beliau sudah mengenal pasti siapakan dikekalkan atau yang akan mengundur diri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan terdapat Ahli Parlimen PBB tidak akan dicalonkan semula bagi memberi laluan kepada muka baharu oleh media pada Selasa.

“Kita memerlukan barisan ahli parlimen kukuh dan stabil untuk membawa suara rakyat Sarawak  ke peringkat persekutuan,” katanya.

“Kita menghormati keputusan yang dibuat oleh Abang Johari sebagai ketua parti dan ketua Kerajaan Sarwwak,” ujarnya lagi.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali  Kelima PRS di Sibu pada Ahad berkata terdapat wakil rakyat PBB yang menyatakan hasrat untuk mengundur diri pada PRU-15 ini .

Sehubungan itu, jelasnya parti berkenaan akan menampilkan muka baharu sebagai pengganti.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan 82 kerusi DUN.

PRN-12 Sarawak diadakan pada 18 Dis lalu. GPS memenangi 76 kerusi manakala PSB empat kerusi dan DAp hanya dua kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru