Thursday, May 26, 2022

William Mawan Melancarkan Matang Warrior Trail Run 2022

Secara Rawak

KUCHING: 26 April 2022: Dengan Sarawak secara beransur-ansur dan berhati-hati memasuki fasa endemik covid-19, aktiviti sukan akhirnya mengambil momentum. Maka Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak telah memperkenalkan acara sukan awam sulungnya di tapak Kem Matang yang pernah digunakan untuk penggambaran filem terkenal, Farewell to the King pada tahun 1988.

Acara yang diberi nama Matang Warrior Trail Run telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Tan Sri William Mawan ak. Ikom, ADUN Pakan yang merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak.

Matang Warrior Trail Run 2022 akan diadakan pada 31 Julai 2022.

Ketika berucap dalam majlis pelancaran itu, William berkata larian itu merupakan acara yang berkesan untuk memupuk ukhuwah dalam kalangan pengakap dan antara pengakap dengan orang ramai khususnya peminat sukan di bawah kategori larian.

Jelas beliau, pergerakan pengakap merupakan pergerakan belia dan mempromosikannya melalui larian ini merupakan langkah yang baik untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai aktiviti sihat selaras dengan tagline kerajaan hendak mewujudkan negara yang sihat.

Beliau mengajak orang ramai daripada segenap lapisan masyarakat menyertai larian sambil datang melihat tapak Kem Matang yang terletak di lokasi strategik di kaki Gunung Serapi, Matang. “Para peserta akan dapat melihat baruk (rumah bulat) yang digunakan semasa penggambaran filem dan menikmati panorama serta menghirup udara segar di sepanjang laluan,” katanya.

Lee Kong Shin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur berkata, larian itu berkata larian itu acara campuran yang menampilkan tiga kategori, 1KM Kid Dash (Umur 12 dan ke bawah), 5KM Jungle Trail (Umur 13 dan ke atas) dan acara pertandingan 10KM Jungle Trail ( Umur 18 dan ke atas).

Beliau berkata acara 10KM itu turut menawarkan hadiah menarik dan semua peserta layak mendapat kemeja-t larian, pingat dan jamuan ringan.

Beliau menjelaskan bahawa hanya peserta dan individu yang telah divaksin sepenuhnya boleh mengambil bahagian dalam acara itu.

Beliau berkata pengakap dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran dari Ibu Pejabat Pengakap, Jalan Batu Lintang pada waktu pejabat dan juga secara dalam talian daripada Telegram Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak.

Borang pendaftaran yang lengkap dan slip bank-in ke akaun Majlis Pengakap Sarawak CIMB 8005064120 boleh dihantar sendiri ke Ibu Pejabat Pengakap, difakskan ke 082-251816, e-mel ke ppmsarawak@gmail.com atau whatsapp kepada Zynuria – 010-4402191 atau Luke – 016- 8685266.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru