Wednesday, May 25, 2022

Wanita didenda RM20,000 jual loteri haram

Secara Rawak

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penjualan loteri haram.

Tertuduh Siti Nur, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Syarifah fatimah menetapkan hukuman penjara dua bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama dua orang rakannya melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan Peach Garden, Jalan Tun Razak, di sini, kira-kira jam 10.00 pagi, 5 September 2018.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru