Thursday, May 26, 2022

Presiden PRS bertembung dengan Larry Sng di Julau

Secara Rawak

SIBU: Adakah Presiden PRS yang baharu akan bertanding dalam PRU-15 nanti?

Sebagai presiden bukanlah sesuatu yang mengejutkan kalau beliau mengambil keputusan untuk bertanding.

Di mana?

Tentunya di bekas kubu kuatnya di Julau.

Salang dijangka akan menentang penyandang Larry Sng yang menewaskan beliau dalam PRU-14.

Salang menang tanpa bertanding utnuk merebut jawatan presiden selepas kekosongan susulan pemergian Tan Sri Dr James Jemut Masing pada tahun lepas.

Salang ketika bercakap kepada wartawan di Sibu malam semalam dipetik berkata bahawa sama ada beliau bertanding atau tidak bergantung pada banyak faktor.

“Jika GPS merasakan saya layak bertanding ia mungkin mencalonkan saya,” katanya dipetik berkata.

“Kita hanya dapat merancang tetapi kita tak tahu sama ada kita dalam keadaan sihat atau sebaliknya,” katanya lagi.

Yang pasti,  pengikut pengamat politik kalau beliau bertanding, tentunya beliau akan berdepan dengan Larry Sng sekali lagi di Julau.

Beliau mulai bertanding dalam PRU pada 1999 atas tiket PBDS dan menang dengan meraih 67 peratus undi.

Sekali lagi beliau bertandign atas tiket parti sama pada 2004 dengan meraih 59 peratus undi, sebelum memperbaikinya pada 2008 dengan mencatat 78 peratus undi. Pada PRU 2013, beliau menang dengan 75 peratus undi.

Namun pada 2018, beliau hanya meraih 45 peratus undi dikalahkan oleh larry Sng.

Salang pernah menjadi timbalan menteri penerangan, komunikasi dan budaya dan timbalan menteri tenaga, air dan komunikasi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru