Saturday, June 25, 2022

PBB tampil muka baharu menjelang PRU15

Secara Rawak

SIBU: Beberapa ahli parlimen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru katanya, beberapa kerusi PBB akan memperlihatkan muka baharu. “Ada yang mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk mereka menyerah (bersara), dan sudah ada tandatanda, kita boleh cari orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan Tritahunan Ke-5 Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Hotel Kingwood, di sini pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan untuk menasihati PRS dan komponen parti yang lain dalam GPS bagi meletakkan calon wanita beliau memberitahu itu terpulang kepada parti masing-masing. “Saya tidak boleh bercakap bagi pihak PRS, itu terpulang kepada mereka untuk menentukan siapa yang mereka akan calonkan.

“Tetapi saya boleh bercakap bagi pihak PBB…,” tegasnya. PBB mempunyai 13 ahli parlimen. Antaranya ialah Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong); Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya); Rubiah Wang (Kota Samarahan), Datuk Seri Nancy Shukri (Batang Sadong), Datuk Rohani Abdul Karim (Batang Lupar), Ahmad Johnie Zawawi (Igan), Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Kapit), Lukanisman Awang Sauni (Sibuti), Datuk Robert Lawson  Chuat (Betong), Yusuf Abdul Wahab (Tanjung Manis), Datuk Henry Sum Agong (Lawas) dan Datuk Hasbi Habibollah (Limbang).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru