Monday, June 27, 2022

Kerjasama pembangkang menentang GPS mungkin  jadi realiti

Secara Rawak

KUCHING:  mesyuarat antara DAP dan PSB untuk memastikan adanya kesatuan dalam kalangan pembangkang menjelang PRU-15 memberi petanda positif kepada kerjasama pembangkang di negeri ini.

Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB)  Bobby William berkata daripada bertelagah sesama sendiri, sudah sampai waktunya pembangkang berfikir untuk menjalinkan kerjasama atau bergabung bagi menghadapi PRU-15.

PRU-15 dijangka diadakan pada suku keempat tahun ini.

Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Alice Lau mengumumkan pihaknya dan Parti Sarawak Bersatu (PSB)  memulakan rundingan  membentuk kerjasama dalam PRU-15.

Pertemuan itu dijadualkan pada hari ini.

“Sekiranya rundingan itu berjaya, kita mungkin akan mengikat parti pembangkang lain untuk berbincang bagi membentuk gabungan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh media tempatan Ahad lalu.

Kerjasama itu dicetuskan oleh keputusan mengecewakan dicatat pembangkang dalam tiga PRN – Melaka, Sarawak dan Johor susulan pertandingan pelbagai penjuru sehingga menyebabkan perpecahan undi.

Dalam PRN-12 Sarawak -pada 18 Dis lalu, pembangkang hanya memenangi 6 daripada 82 kerusi DUN.

Empat kerusi dimenangi PSB manakala dua lagi DAP.

Menurut Bobby William, kemungkinan wujudnya kerjasama dalam kalangan pelbagai parti pembangkang perlu dilakukan dengan ikhlas dan saling menghormati.

“Lagipun, kita melawan lawan politik yang sama,” katanya merujuk kepada GPS.

Dalam PRU-14 GPS – ketika itu BN memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

Namun selepas ahli parlimennya Datuk Masir Kujat keluar PRS dan menyertai PSB, maka GPS kini hanya mempunyai 18 ahli parlimen.

Namun, baru-baru ini Masir mengambil tindakan mengejut dengan keluar pula daripada PSB menjadi wakil Bebas.

Ditanya wartawan sama ada PBDSB bersedia untuk mengadakan mesyuarat dengan DAP Sarawak, beliau menyatakan parti itu bersedia.

“Kami terbuka untuk sebarang perbincangan, bukan hanya dengan DAP,” jelasnya.

“Ini termausk mana-mana parti politik yang menghormati  perjuangan dan agenda PBDSB,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru