Saturday, June 25, 2022

Kerjasama pembangkang: Aspirasi juga mahu berunding

Secara Rawak

KUCHING: Sama seperti Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Aspirasi juga bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan DAP.

Namuhn, parti itu menunggu DAP Sarawak menghulurkan jemputan untuk perbincangan lanjut tentang perkara itu, kata presidennya, Lina Soo.

“Kami tak dapat komen untuk ketika ini. Tunggu DAP menjemput kami bila-bila masa. Tetapi sudah tentu kami sentiasa menunggu jemputan itu,” jelasnya kepada wartawan.

Soo diminta komen tentang inisiatif DAP hendak mengadakan kerjasama dengan pSB.

Dalam PRN-12 lalu semua parti pembangkang lain tewas kecuali DAP memenangi dua kerusi dan PSB empat kerusi DUN.

Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Alice Lau mengumumkan pihaknya dan PSB  memulakan rundingan  membentuk kerjasama dalam PRU-15.

Pertemuan itu dijadualkan pada hari ini.

“Sekiranya rundingan itu berjaya, kita mungkin akan mengikat parti pembangkang lain untuk berbincang bagi membentuk gabungan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh media tempatan Ahad lalu.

Bagi sebuah lagi parti politik, PKR, ia memberitahu Malay Mail, ia tidak terbabit dalam perundingan antara rakan PH, DAP dan pSB untuk membentuk satu gabungan menjelang PRU-15.

Pemangku pengerusinya Abang Zulkifli Abang Engkeh diupetik berkata, parti itu belum menerima  jemputan untuk menyertai perbincangan berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru