Tuesday, August 16, 2022

Hanya 2,478 kes baharu Covid-19,  lapan kematian

Secara Rawak

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lapan kes kematian Covid-19 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 35,507

KKM turut melaporkan 2,478 kes Covid-19 dan termasuk 2,471 penularan tempatan dan tujuh kes import menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 4,433,551 setakat ini.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah kematian itu, dua kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Kedah (dua kes) dan Melaka (satu kes).

Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada kes kematian.

Sebanyak 68,007 kes aktif dilaporkan, termasuk 98 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 63 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru