SIBU: Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum menggesa agar kerajaan negeri memastikan pembangunan seimbang di kawasan bandar dan luar bandar negeri ini.
Katanya, dengan menyediakan lebih banyak infrastruktur, utiliti dan telekomunikasi di luar bandar.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Kelima PRS oleh Pengerusi GPS Abang Johari Openg, di sini, pada Ahad.
Salang memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding selepas Naib Presiden John Sikie Tayai tidak meneruskan hasratnya bertanding jawatan itu.
Jawatan itu kosong susulan pemergian Tan Sri Dr James Jemut Masing pada tahun lepas.
Berkaitan isu Yayasan Pendidikan Teknikal Rakyat Sarawak (Teras) yang didayausakan oleh parti itu, Salang berkata, ia telah banyak menyumbang kepada penyertaan anak Sarawak dalam bidang teknikal.
Jelasnya, dana yayasan itu sudah susut dan memerlukan suntikan peruntukan tahunan daripada kerajaan Sarawak untuk terus membantu golongan yang memerlukan.