Monday, June 27, 2022

GPS mahu rampas kerusi Parlimen  Selangau daripada Baru Bian

Secara Rawak

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berikrar untuk membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) merampas kerusi Parlimen Selangau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.

Naib Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, berdasarkan kesepakatan sebelum ini, GPS akan memberi laluan kepada wakil Parti Rakyat Sarawak (PRS) menampilkan calon di kerusi berkenaan.

“Saya menggesa semua ahli PBB dan ahli parti komponen lain untuk memberikan sokongan penuh kepada wakil PRS, kita ketepikan perbezaan kecil yang wujud dan marilah kita bersatu menjayakan misi besar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mesyuarat perwakilan PBB Cawangan Kakus di sini hari ini.

Sehubungan itu, Douglas Embas yang juga Timbalan Premier Sarawak menyeru ahli PBB kawasan berkenaan supaya membantu GPS untuk mencapai hasrat berkenaan.

“PRU Ke-15 boleh diadakan pada bila-bila masa, mungkin tahun ini,” katanya seperti diapor TVS.

Para PRU 2018, Baru Bian yang ketika itu bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi itu dengan majoriti 486 undi selepas mendapat undian 11,228 sekaligus menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rita Insol yang mendapat 10,742 undi.

Baru Bian kemudian meninggalkan PKR apabila menyertai parti pembangkang tempatan iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Sementara itu, Douglas Uggah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Saban memuji PBB cawangan Kakus yang memutuskan jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

“Ini satu keputusan yang sangat bijak untuk parti malah saya juga gembira dengan usul mensyuarat hari ini berhubung jawatan presiden PBB tidak dipertandingkan pada mesyuarat perwakilan parti Jun ini,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru