Saturday, June 25, 2022

Annuar jawab Zahid: Usah menikam dalam senyuman

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pergeseran antara dua pemimpin Umno terus berlarutan.

Selepas dikritik Presiden Umno melalui satu kenyataan, Tan Sri Annuar Musa bangkit membalas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

Zahid dalam kenyataannya sebelum ini menggesa agar ahli parti tidak ‘menderhaka’ dan tidak menari mengikut rentak parti musuh.  

Beliau tidak menamakan individu terbabit tetapi jelas merujuk kepada Ahli Parlimen Ketereh itu.

“Kesetiaan pada parti memang amat penting,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Namun,  tegasnya,  ia berbeza dengan setia kepada individu, yang kadangkala dianggap sebagai tanda setia pada parti.

“Kesilapan individu, perlakuan individu yang menyalahi roh, matlamat dan semangat perjuangan parti tidak boleh menuntut kesetiaan kerana itu individu dan bukannya parti,” kata Annuar lagi.

Tegas  Annuar, tindakan mempertikaikan kesetiaan hanya akan menanam kebencian sesama ahli dan akan melemahkan Umno.

“Pendek kata, kalaupun jasa tak mahu dikenang, setia kawan mahu disalahertikan, usah soal setia mahu dibicarakan.

“Usah menikam dalam senyuman,” katanya lagi penuh sindiran.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru