Friday, August 12, 2022

5,624 kes baharu Covid-19 kes, 9 kematian

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kes kematian Covid-19 semalam.

Jumlah keseluruhan setakat ini ialah 35, 491 kes.

KKM turut melaporkan 5,624 kes baharu berbanding  6,342 kes  Covid-19 semalam.

Ini  termasuk 5,608 kes penularan tempatan dan 17 kes import.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan kini ialah  4,427,067.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah kematian itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Kedah merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan enam kes, diikuti Johor, Sabah dan Sarawak satu masing-masing.

Sebanyak 80,977 kes aktif dilaporkan, termasuk 89 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 57 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru