Thursday, May 26, 2022

Pemain Sukma Sarawak sertai Kejohanan Kriket Bawah 19 Tahun

Secara Rawak

KUCHING: Pemain skuad Kriket Sukma Sarawak akan dibawa menjelajah ke Semenanjung untuk menyertai Kejohanan Kriket Bawah 19 Tahun.

Ia sebagai pendedahan selain persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur 2022.

Penolong Jurulatih, Chew Pok Cheong memberitahu, belum ada tarikh rasmi kejohanan itu akan tetapi ia dijangka berlangsung bulan Jun atau Julai.

“Lokasi kejohanan juga belum dikenal pasti sama ada akan berlangsung di Johor Bahru atau Kuala Lumpur,” ujar Cheong kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, pihaknya melihat besar maknanya disebalik pembabitan pemain dalam kejohanan tersebut.

“Secara tidak langsung pemain akan daoat merasai perlawanan kompetitif, selain peluang mereka meningkatkan mutu permainan masing-masing,” tambah Cheong lagi.

Beliau menegaskan, ketika ini sesi latihan barisan pemain berjalan seperti biasa cuma masa latihan disingkatkan berbanding sebelumnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru