Monday, June 27, 2022

Pas sudah melintas garis sempadan persahabatan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menafikan wujudnya pakatan Pas bersama parti lain untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana tercatat dalam beberapa dokumen yang tular sejak Ahad lalu, namun tidak akan membuat laporan polis untuk tindakan undang-undang.

Selaras dengan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya laporan polis dibuat maka pihak berkuasa akan membuat siasatan tentang kesahihannya dan jika tidak ia akan terbiar begitu sahaja.

“Penafian dah dibuat. ‘Tak perlu layan dokumen sampah’. Kalau ada laporan polis, biarlah polis buat siasatan tentang kesahihannya. Kalau tak ada, biarkan begitu.

“Macam cerita Wikileaks, ribuan dokumen yang didedahkan dan banyak yang ‘mensampahkannya’. Namun sekiranya ada perkara sensitif yang melibatkan keselamatan negara, sistem penggera tetap dibunyikan untuk pihak berkenaan berjaga-jaga,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.

Katanya, sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, Pas masih dilihat sahabat kepada UMNO.

“Keputusan PAU tahun lepas hanya sekadar ‘no DAP, no PKR dan no PPBM’. Tidak Pas. Bahkan ada usaha menawarkan beberapa kerusi untuk Pas.

“Namun Pas sudah melintasi garis sempadan persahabatan di kedua PRN tersebut. Memilih PN untuk mengalahkan BN,” katanya lagi.

Menurut Ahmad Shabery, dalam timbunan sampah pun mungkin ada maklumat tertentu yang boleh membantu mendapatkan maklumat lain yang lebih besar.

Dalam hal ini katanya, ada beberapa perkara yang perlu berjaga-jaga iaitu:

  1. Serangan ke atas sistem kehakiman. Apakah benar ada rancangan campur tangan politik supaya kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin tertentu disegerakan? Ia boleh merosakkan sistem kehakiman kita.
  2. Campur tangan politik ke atas Pendaftar Pertubuhan (RoS), untuk menggagalkan keputusan Perhimpunan Agung Umno mengenai pindaan perlembagaan tentang pemilihan dalaman parti. EGM mengenai ini dijadualkan pertengahan Mei.
  3. Usaha untuk meneruskan MOU. (Agak sukar kerana MKT sudah buat keputusan mengenainya)
  4. Dokumen ‘sampah’ itu ialah laporan ‘political engagement’ bukan minit mesyuarat. Ada kandungan yang bersifat persepsi. Misalnya mengenai keinginan menumpang di atas ‘kem Putrajaya’. Ini ada implikasi yang lebih halus.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru