Friday, August 12, 2022

Angka kematian menjunam

Secara Rawak

KUCHING:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kes kematian Covid-19 s di negara ini emalam menjadikan jumlah kumulatif kini 35,470.

KKM turut melaporkan 5,899 kes Covid-19 dan termasuk 5,883 penularan tempatan dan 16 kes import.

Jumlah keseluruhan direkodkan setakat ini ialah 4,415,101 kes.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah kematian itu, empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes dan Sabah serta Sarawak, masing-masing satu kes.

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 88,184 kes aktif dilaporkan, termasuk 92 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 61 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru