Monday, June 27, 2022

Abang Johari dijadual rasmi perhimpunan PRS di Sibu

Secara Rawak

KUCHING Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg dijadualkan merasmikan persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini pada Ahad ini.

Menurut pemberitahuan daripada Unit Komunikasi Sarawak (Ukas), Abang Johari dijangka akan menyampaikan ucapan perasmian.

Manakala pemangku Presiden Datuk Joseph Salang Gandum akan menyampaikan ucapan alu-aluan.

Beliau menang tanpa bertanding apabila naib presiden Datuk John Sikie menarik diri daripada mencabar beliau.

Jawatan itu kosong selepas pemergian Tan Sri Dr James Jemut Masing pada tahun lepas.

Semalam Majlis Tertinggi parti menyatakan sekali lagi persetujuan untuk mengetepikan keperluan mengadakan pemilihan parti pada hujung minggu ini.

Hal ini menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Janang Bungsu adalah demi memelihara kepentingan perpaduan dan keseimbangan dalam pati.

Sebanyak 350 perwakilan daripada cawangan parti itu dijangka berhimpuan di sebuah hotel terkemuka di sini hujung minggu ini.

PRS, kini anggota GPS ditubuhkan pada 2004 selepas krisis kepemimpinan dalam Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalannya oleh Pendaftar Pertubuhan  (RoS) pada 5 Dis 2003.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru