Monday, June 27, 2022

Pertembungan Joseph Salang, John Sikie tidak jadi kenyataan

Secara Rawak

KUCHING: Pertembungan antara Datuk Joseph Salang Gandum dengan Naib Presiden PRS Datuk John Sikie Tayai tidak menjadi kenyataan apabila Naib Presiden itu  dilaporkan tidak meneruskan langkah untuk mencabar Timbalan Presidennya itu untuk jawatan Presiden.

Pertandingan itu sepatutnya berlangsung dalam Persidangan Perwakilan  Tritahunan (TDC) sekali di Sibu hujung minggu ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini yang memetik Ketua Pemudanya Datuk Snowdan Lawan mengesahkan John Sikie yang mengemukakan kertas pencalonannya, tidak akan bertanding untuk jawatan itu.

Pada 15 Feb lalu,  Setiausaha Agung PRS Datuk Janang Bungsu  dipetik berkata, parti itu secara konsensus dijangka meletakkan Joseph Salang sebagai presiden baharu parti.

Janang yang ditemu bual Feb lalu menjelaskan bahawa jawatan tertinggi parti itu tidak akan dipertandingkan pada TDC nanti.

“Majlis Tertinggi PRS memutuskan untuk tidak mengadakan pemilihan bagi jawatan tersebut (Presiden).

“Kata sepakat juga telah dicapai dalam kalangan pemimpin parti untuk tidak mempertandingkan jawatan itu,” kata.

Snowdan dipetik Borneo Post berkata: “Majlis Tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan ada pertandingan untuk semua jawatan parti.”

Katanya, majlis tertinggi telah memutuskan Joseph Salang untuk menjawat jawatan Presiden bagi tempoh tiga tahun akan datang, dan semua ahli parti perlu menghormati keputusan itu.

“Selepas penggal berkenaan berakhir dalam tempoh tiga tahun lagi, mana-mana ahli parti boleh bertanding untuk mana-mana jawatan yang dimahukan mereka,” jelasnya.

Jawatan Presiden PRS kini dipangku oleh Joseph, selaku Timbalan Presiden parti susulan kematian Tan Sri Dr James Jemut Masing pada 31 Oktober tahun lepas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru