Wednesday, May 25, 2022

Misteri rumah di Kuching terbakar lima kali terjawab

Secara Rawak

KUCHING: Misteri kebakaran lima kali melibatkan sebuah rumah di Jalan Satok di sini, terungkai apabila polis berjaya menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, dua lelaki tempatan berusia 20 dan 32 tahun ditahan pada 19 April lepas manakala seorang lagi lelaki berusia 19 tahun ditahan semalam.

Jelasnya, dua suspek pertama itu ditahan di Jalan Muda Hashim di sini dan direman sehingga 25 April ini.
“Reman bagi suspek ketiga yang ditahan di Jalan Satok telah dipohon pada pagi tadi di Mahkamah Majistret Kuching,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ahsmon mengesahkan rumah berkenaan dibakar sebanyak lima kali bermula 14 April dan polis menerima dua laporan ketika itu.

Dua hari kemudian katanya, rumah sama dilaporkan terbakar sekali lagi, dipercayai dilakukan secara sengaja oleh individu tertentu.

Pada 18 April, satu lagi laporan kebakaran melibatkan rumah itu diterima pihak berkuasa.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam semua kebakaran itu, selain belum diketahui nilai kerugian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru