Monday, June 27, 2022

Kalau tak benar elok nafikan segera

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, oleh kerana dokumen membabitkan PASleak melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, maka elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.

“Wikileak ialah pendedahan dokumen-dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006. Apakah akan wujud ‘Pasleak’ pula kalau tidak ada penafian dari MB Terengganu sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?

Beliau merujuk kenyataan berikut dalam dokumen itu:  “Segera memenjarakan Presiden dan bekas Presiden UMNO. Tindakan ke atas Timbalan Presiden UMNO. Menolak pindaan perlembagaan UMNO untuk pemilihan parti hanya selepas PRU. Juga merancang MOU 2.0 bagi melambatkan PRU.”

“Tahun 2022 ada kod tersendiri. 2+0+2+2 = 6. Kalau di Terengganu, istilah ‘berat 6 6’ ada makna yang besar,” katanya dalam kenyataan.

Pada Ahad lepas, beberapa dokumen yang dikatakan minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) tular di media sosial, didakwa berkaitan dengan pertemuan antara Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri bersama Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac serta 4 dan 7 April.

Antara pemimpin yang dinyatakan dalam minit itu ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru