Friday, July 1, 2022

Rakyat perlu tolak politik fitnah, pembohongan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu  menolak politik fitnah dan pembohongan dan menjadikannya sebagai cara mendapatkan sokongan dan pengaruh.

Menurut Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, ia merupakan satu tindakan sangat tidak bertanggungjawab.

“Rakyat mesti menolak politik begini. Tokoh politik dan parti yang mempunyai pimpinan seumpama ini mesti ditolak. Maknanya bukan sahaja Rafizi Ramli perlu ditolak malah PKR juga mesti ditolak rakyat kerana membiarkan pemimpinnya melakukan perbuatan yang jelas tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Katanya Malaysia mesti bergerak kehadapan, maka pemimpin atau parti yang mengamalkan budaya fitnah dan pembohongan ini mesti ditolak.

“Mereka tidak boleh diangkat sebagai pemimpin kerana iklim politik negara akan musnah apabila budaya ini diamalkan. Kita mahu politik yang matang,’ kata Ahli Parlimen Lenggong itu.

“Rafizi, PKR, jangan cakap tidak serupa bikin … rakyat bijak menilai,” katanya lagi.

Terdahulu dilaporkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berdepan saman fitnah berhubung kenyataannya semasa berbalah dengan bekas perdana menteri, Najib Razak, mengenai masalah kewangan Sapura Energy Berhad.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru