Monday, June 27, 2022

PRU-15: DAP Sarawak  tubuh jawatankuasa runding dengan parti pembangkang lain

Secara Rawak

KUCHING:  DAP telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengendalikan rundingan untuk kerjasama dengan parti pembangkang lain menjelang PRU-15 nanti.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa kecil tiga anggota itu terdiri daripada Timbalan Pengerusi DAP Sarawak Alice Lau, Setiausaha Senator Alan Ling dan Bendahari Chiew Chiu Sing.

“Ketiga-tiga mereka akan mengambil alih semua rundingan atau  urusan kerjasama  dengan parti-parti pembangkang lain di sarawak,” katanya.

“Biar mereka uruskan, biar mereka buat urusan sendiri,” jelasnya lagi.

Pemerhati berkata, para pembangkang di negerri ini tiada pilihan kecuali perlu bekerjasama ketika berdepan dengan GPS dalam PRU-15 nanti.

Perbalahan dan tiada kerjasama dalam kalangan mereka dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu telah menyebabkan berlakunya pertandingan banyak penjuru sehingga undi pecah sekali gus menguntungkan GPS.

Pembangkang hanya memenangi  6nam kerusi, iaitu empat melalui PSB dan dua lagi dimenangi DAP  daripada 82 kerusi DUn Sarawak.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru