Tuesday, June 28, 2022

Pemimpin Sarawak juga layak jadi PM atau TPM

Secara Rawak

KUCHING: Kalaupun bukan jawatan Perdana Menteri, Sabah atau Sarawak wajar mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau tidak  (jawatan) PM ,  Timbalan Perdana Menteri, tidak salah untuk kedua-dua wilayah ini diberi jawatan itu atau wujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Itu pandangan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

“Sabah dan Sarawak telah memberi sumbangan besar dalam memastikan kestabilan Malaysia ketika berdepan pergolakan politik tidak menentu sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kasih Belia Ramadan di sini pada Sabtu seperti dilapor TVS.

Sejak beberapa tahun lalu terdapat pandangan jawatan itu wajar disandang oleh pemimpin politik dari kedua-dua negeri ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kepentingan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memiliki wakil dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Majlis Tertinggi UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri sekiranya menang PRU-15 , Abdul Karim berkata, perkembangan itu menunjukkan sikap rasional dalam parti berkenaan.

”Ini kerana sebelum ini seolah – olah dilihat ada pihak yang tidak begitu sehaluan dengan Perdana Menteri kerana beliau bukan Presiden parti, namun pendirian terbaharu ini menunjukkan perkembangan yang bagus,”katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru