Monday, June 27, 2022

Laporkan kepada Uggah jika projek tak ikut spesifikasi

Secara Rawak

KUCHING: Pemimpin akar umbi  perlu bertindak dengan  memaklumkan kepada Timbalan Premier Datuk Amar Douglas uggah Embas jika terdapat projek untuk rakyat telah dibuat tanpa mengikut spesifikasinya.

Katanya, pemimpin terutamanya pada akar umbi seharusnya menjadi mata, suara dan telinga kerajaan.

Beliau berkata mana-mana projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar, Projek Kecil Luar Bandar ataupun daripada kerajaan pusat, mesti memenuhi spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Siola maklumkan perkara sebegini terutama jika projek melibatkan JKR,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“(Projek seperti) pembinaan jambatan, jalan raya dan lain-lain yang diluluskan untuk dilaksanakan, ia perlu memenuhi spesifikasi JKR dari seri penggunaan bahan, kualiti, kuantiti, saiz atau panjang dan lain-lain,” katanya lagi.

“Semua ini dijelaskan dalam Jadual Bahan kepada kontraktor. Jadi, isu sama ada ia disiapkan tidak mengikuti spesifikasi tidak sepatutnya timbul,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata adalah suatu yang menyedihkan jika sesuatu projek itu tidak disiapkan dengan betul, walaupun peruntukan telah pun diberikan untuknya.

“Projek-projek itu sepatutnya memberi manfaat kepada  rakyat. Ia tidak sepatutnya menjadi punca perdebatan dan rasa tidak puas hati antara mereka dan kerajaan,” katanya.

Jelasnya, amat menyedihkan apabila dana tidak digunakan dengan betul.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru