Thursday, May 26, 2022

Bekas pemain takraw Sarawak meninggal dunia

Secara Rawak

KUCHING: Peminat sukan Sarawak hari ini berduka atas kehilangan Wan Paridon Wan Abang, 53, seorang bintang legenda sukan sepak takraw Sarawak.

Bekas pemain Sarawak era 90-an itu dilaporkan meninggal dunia di rumah sewanya yang terletak di Bandar Baru Semariang sekitar pukul 7, pagi tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Fudin Chee memberitahu beliau amat terkejut dan turut berduka cita sebaik menerima perkhabaran berita menyedihkan itu.

“Satu kehilangan besar buat dunia sukan sepak takraw Sarawak dengan pemergian Allahyarham,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Tambahnya, Allahyarham merupakan antara pemain apit kanan terbaik yang pernah dilahirkan di negeri kenyalang.

“Anak jati kelahiran Sebuyau itu antata nama besar yang sering mewakili Sarawak dalam kejohanan berprestij di peringkat kebangsaan sepanjang kariernya,” jelas beliau.

Fudin dalam pada itu turut memberitahu beliau mewakili badan induk (PSS) mengucapkan takziah buat keluarga arwah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru