Monday, June 27, 2022

Abang Johari: Kerajaan Sarawak prihatin nasib, kebajikan rakyatnya di Semenanjung

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kebajikan dan keperluan rakyat Bumi Kenyalang yang berada di Semenanjung tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri itu, kata Premier Sarawak , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa prihatin dengan kesulitan masyarakat dari negeri itu yang bekerja atau belajar di Semenanjung khususnya dalam mendepani cabaran hidup pada masa ini.

Abang Johari berkata sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020 sehingga kini, GPS masih dan tidak pernah ketinggalan membantu rakyat Sarawak di luar negara atau Semenanjung.

“Sehingga kini, seramai 38,106 orang yang terdiri daripada 21,214 pelajar dan 16,892 orang awam telah dibantu merangkumi bantuan makanan, penginapan, kos perubatan, penerbangan serta pengurusan penghantaran jenazah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa ‘Sungkei Dengan Premier Abang Jo 2022’ di sini malam tadi seperti dipetik Bernama.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta beberapa menteri Kabinet Persekutuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru