Wednesday, May 25, 2022

Taktik lelaki jadikan rumah lokasi judi terbongkar

Secara Rawak

BAU: Taktik seorang lelaki berusia 23 tahun menjadikan rumah kediaman sebagai lokasi urusan judi dalam talian (JOL) terbongkar selepas kediaman di Jalan Emas itu diserbu polis, semalam.

Serbuan kira-kira jam 4.30 petang dilakukan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jabatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bau secara mengejut menyebabkan suspek gagal mengesan kehadiran polis.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, hasil serbuan terbabit, suspek berjaya ditahan bersama beberapa barangan kes yang turut ditemui di lokasi serbuan.

“Hasil pemeriksaan awal menemui seunit Tab Huawei dan sekeping kad sim serta wang tunai. Kesemua barangan terbabit telah dirampas untuk tindakan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemeriksaan rekod polis mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Tegasnya, suspek kini telah ditahan manakala barangan kes turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut kes.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru