Wednesday, May 25, 2022

Rumah di Lorong Satok 2 terbakar dua kali

Secara Rawak

KUCHING: Sebuah rumah di lorong Satok 2 terbakar dua kali selepas kali pertama terbakar kira-kira jam 6.50 pagi sebelum dilaporkan terbakar semula pada jam 12.18 tengah hari, hari ini pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, api kebakaran rumah pertama pagi itu naik semula pada tengah hari sekali gus menyebabkan kebakaran merebak di sebuah rumah yang terletak di sebelah kediaman terbakar

Menurutnya, api berjaya merebak disebabkan akibat struktur binaan antara rumah tidak mempunyai dinding pemisah.

“Rumah sebelah dianggarkan berkeluasan 12 x 14 persegi terbakar di bahagian atas melibatkan kemusnahan 40 peratus daripada keseluruhan kawasan rumah.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba membuat pemadaman melibatkan keanggotaan daripada Pasukan Operasi Bomba (FRT) Batu Lintang serta dibantu oleh jentera FRT Padungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Dedahnya, jumlah kerugian serta punca kejadian berlaku kini masih dalam siastan Pasukan Forensik Kebakaran.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan diisytiharkan tamat padam jam 2.14 petang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru