Wednesday, May 25, 2022

Prebet tentera mengaku bersalah rompak wanita muda

Secara Rawak

KUCHING: Mahkamah Sesyen menetapkan 22 April depan untuk mendengar laporan sosial seorang prebet tentera yang mengaku bersalah kerana merompak wang berjumlah RM600 milik seorang wanita di hadapan sebuah kedai farmasi, Mac lalu.

Pesalah muda yang berusia 20 tahun itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak wang berjumlah RM600 milik seorang wanita berusia 22 tahun di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah kedai farmasi, Batu 7, di sini, kira-kira jam 4.30 petang, 6 Mac lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Semasa sebutan kes, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan menyatakan tiada jaminan ditawarkan kerana menggelak tertuduh melakukan kesalahan berulang serta melarikan diri.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM5,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru