Saturday, June 25, 2022

Murid  dakwa cedera dipukul guru, bapa lapor polis

Secara Rawak

KUANTAN: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid perempuan Tahun 4 dipukul seorang guru lelaki sehingga mengalami kecederaan tisu lembut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata laporan polis yang dibuat bapa mangsa pada 9.59 malam Isnin lalu mendakwa guru lelaki berusia 50 tahun itu memukul belakang badan anaknya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan tangan dan pemeriksaan doktor di Hospital Bentong telah mengesahkan kecederaan akibat dipukul tersebut,” katanya menerusi kenyataan yang dipetik Bernama.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru