Tuesday, August 16, 2022

India, negara 1.3 bilion penduduk hanya rekodkan lima kematian

Secara Rawak

India yang berada di tangga ketiga dari segi jumlah kematian keseluruhan hanya merekodkan lima kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Worldometer, negara 1.3 bilion jiwa itu kini telah mencatatkan 521,772 kematian Covid-19.

Amerika Syarikat yang berada di tangga teratas dunia dari segi kes jangkitan dan kematian menyaksikan 361 kematian harian, sekali gus tertinggi di dunia.

Kedua tertinggi ialah United Kingdom sebanyak 350 kes, diikuti Korea Selatan sebanyak 318 kes.

Di tangga keempat ialah Jerman sebanyak 309 kes, diikuti Rusia sebanyak 254 kes.

Jumlah keseluruhan kematian sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada Dis 2019 ialah enam juta lebih.

Manakala jumlah kes jangkitan adalah lebih daripada 502 juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru