Tuesday, June 28, 2022

Berbuka puasa dengan masyarakat Islam Kpg Prian, Lundu

Secara Rawak

LUNDU: Semalam, 14 April 2022 (bersamaan dengan 13 Ramadan 1443H), Yayasan PEKEMA Sarawak berkesempatan menyantuni masyarakat Islam di Kampung Prian, Lundu dalam Program Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa di kampung berkenaan.

Disambut mesra oleh penduduk kampung, program ini merupakan program tahunan anjuran Yayasan PEKEMA di bawah Program CSR PEKEMA Peduli dan tahun ini, Kampung Prian menjadi kampung pilihan Yayasan PEKEMA bagi menjayakan program ini.

Antara barang sumbangan yang disampaikan ialah dua (02) unit kipas siling, satu (01) unit sistem audio dan beberapa sumbangan bakul makanan untuk para penduduk kampung yang hadir.

Selesai berlangsungnya penyampaian sumbangan dan majlis berbuka puasa, rombongan PEKEMA Sarawak yang diketuai oleh Pemangku Presiden, Dato Haji Ismail bin Abang Saufi turut berpeluang menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum berangkat pulang ke Kuching.

Hadir sama ialah AJK PEKEMA Sarawak, Saudara Yusuf Roy Fitri bin Dato Mohd Johnny serta urusetia PEKEMA Sarawak.

Urusetia

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru