Monday, June 27, 2022

Akita Anti-Lompat Parti mesti segera direalisasikan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021.

“Bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021 lalu, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pada hari yang sama juga akan diadakan Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfiti,” katanya sambil menjelaskan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis.

Terdahulu, MKT UMNO telah bermesyuarat dengan dipengerusikan presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Ibu Pejabat parti, Menara Dato Onn, di sini.

Dalam mesyuarat tersebut turut dibincangkan juga berkaitan pembentangan Akta Anti-Lompat Parti.

“Pembentangan Akta Anti-Lompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain,” jelasnya.

“UMNO berpendirian bahawa Akta Anti-Lompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati,” katanya lagi.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Mac lalu telah meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas PRU-15 diadakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru