Wednesday, May 25, 2022

15,315 terima sumbangan raya

Secara Rawak

DEBAK: Sebanyak 15,315 klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menerima sumbangan raya bersempena Sejambak Kasih Aidilfitri 2022 berjumlah RM1,531,500.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam memberitahu, ia bagi meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Kementerian setiap tahun komited membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampuan.

“Justeru, tahun ini sebanyak 15,315 orang penerima bantuan JKM akan menerima sumbangan masing-masing, iaitu melibatkan sumbangan RM1,531,500,” katanya pada Majlis Penyampaian Sejambak Kasih Aidilfitri 2022 Peringkat Bahagian Betong di Pusat Sukan Riveria (RSC), hari ini.

Pengarah JKM Sarawak Noriah Ahmad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong Uwieng Gimos, wakil Residen Bahagian Betong Amir Ridzuan Mohamad, Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak Nazari Bujang dan Temenggung Bahagian Betong Pi’ee Alwi turut hadir sama.

Untuk Bahagian Betong jelasnya, melibatkan 1,956 orang penerima dengan jumlah sumbangan RM195,600.

Pada majlis simbolik penyerahan, 100 penerima dijemput yang turut diberikan hamper bernilai RM80.

Mereka yang tidak berpeluang hadir, sumbangan RM100 akan dikreditkan ke akaun masing masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru