Wednesday, May 25, 2022

426 pesakit baharu dimasukkan ke hospital

Secara Rawak

KUCHING: Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di negara ini ialah 161 atau 19% daripada jumlah kapasiti.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, katil ICU yang melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Putrajaya (67%) dan Selangor (51%).

Sejumlah 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaannya 11% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 6,845 dengan 113 daripadanya aktif.

Sebanyak 426 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 244 kes atau 57.3% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 182 kes atau 42.7% adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru