Monday, June 27, 2022

Remaja maut terjatuh lif angkut barang di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Remaja lelaki, pekerja am sebuah pasar raya di sini maut akibat terjatuh dari lif mengangkut barang di Jalan Tun Hussien Onn di sini pada petang Isnin.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar pukul 5.20 petang.

Jelansya, tujuh anggota bomba diketuai Pegawai Kanan Bomba II, Tuah Damit telah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati mangsa telah dihempap lif barang,’ katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Polis menjalankan siasatan berkaitan insiden itu, dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru