Thursday, May 26, 2022

Golf Persaudaraan Sarawak dan Semenanjung kongsi rezeki Ramadan

Secara Rawak

KUCHING: Kumpulan pemain golf Sarawak dan Semenanjung Malaysia menikmati sukan kegemaran mereka sambil beramal dengan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pengasas Golf Persaudaraan Sarawak dan Semenanjung, Ikhwan Zaidell berkata, pihaknya menyumbang sebanyak RM8,000 untuk membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini sepanjang Ramadan kali ini.

Katanya, sumbangan itu merupakan hasil daripada kutipan hadiah yang terkumpul sepanjang kejohanan sejak tahun lepas selain sumbangan peribadi ahli kumpulan tersebut.

“Saya berharap pemberian itu dapat meringan beban dan menceriakan penerima menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Walaupun hanya sedikit, yang penting amal jariah itu dapat memupuk semangat kebersamaan dalam kumpulan melalui sumbangan ikhlas yang dihulurkan,,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau diiringi ahli kumpulan itu termasuk pengasas bersama Omar Shuib dan Ahid Bohari untuk mengagihkan bantuan berkenaan.

Dalam pada itu, Ikhwan memberitahu, ia  merupakan sumbangan kedua mereka selepas yang pertama tahun lalu.

“Saya berharap kerjasama baik seperti ini diteruskan agar kita berupaya membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan pada tahun-tahun mendatang, ” tambahnya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru