Wednesday, May 25, 2022

Pengunjung ke Sarawak naik hampir 600 peratus

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak mencatat peningkatan 593.20 peratus ketibaan pengunjung bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting berkata, ketibaan pengunjung meningkat seramai 229,678 pengunjung berbanding tempoh yang sama untuk tahun 2021.

Sementara katanya, resit pelancongan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 569.25 peratus (RM517 juta) berbanding berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Secara purata, seramai 76,000 pengunjung dalam tempoh satu bulan. Ia adalah peningkatan yang menakjubkan berbanding tahun 2021.

“Justeru, kita menjangkakan sasaran 1.2 juta pengunjung bagi tahun ini boleh dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Koordinasi Komiti Pelancongan Sarawak, di sini hari ini.

Ting berkata, sasaran itu boleh dicapai ekoran pembukaan semula sempadan negara serta pembukaan pintu sempadan Biawak, Lundu pada 14 April nanti sekaligus dapat menjana RM3.2 bilion resit pelancongan tahun ini.

Malah katanya, kemasukkan pengunjung dijangka meningkat ekoran penambahan kadar penerbanganan.

“Ketika ini, kita mempunyai tiga penerbangan seminggu dari Singapura ke Kuching dan dua penerbangan seminggu dari Singapura ke Miri melalui Scoot Airlines.

“Kita berharap penerbangan antarabangsa dari Pontianak dan Brunei bersambung semula,” ujarnya.

Beliau berkata, Royal Brunei Airlines akan menyambung semula penerbangan dari Brunei Darussalam ke Kuching dua kali seminggu bermula 1 Mei ini.

Manakala penerbangan domestik, katanya Firefly akan memulakan penerbangan tujuh kali seminggu dari Pulau Pinang ke Kuching dengan penerbangan sulungnya petang ini serta penerbangan tujuh kali seminggu dari Pulau Pinang ke Miri.

Turut hadir Pengerusi Biro Konvensyen Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Setiausah Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Hii Chang Kee.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru