Sunday, June 26, 2022

Demokrasi negara tidak sihat, membimbangkan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Amalan demokrasi negara kini adalah tidak sihat dan berada pada tahap membimbangkan apabila berlakunya pergolakan politik sehingga pertukaran jawatan Perdana Menteri terjadi tiga kali.

Tiga perdana menteri selepas PRU-14 pada Mei 2018  ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Saabri Yaakub.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,  sejak PRU-14, 39 ahli parlimen telah melompat parti.

Tindakan berkenaan, katanya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Ahli Dewan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.

“Sikap dan tindakan bertukar parti secara langsung membuatkan rakyat menilai kesetiaan ahli Dewan Rakyat terhadap parti yang diwakili dan pada masa yang sama memberi kesan terhadap amalan demokrasi di negara ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Wan Junaidi berkata, usaha menambah baik sistem pentadbiran negara melalui pelbagai inisiatif transformasi pentadbiran secara kerjasama dwi-partisan Kerajaan dan Pakatan Harapan telah diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021.

Katanya, ini termasuk Perkara 2.1 mengenai keperluan membentangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti di Parlimen.

Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, bermula hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru