Friday, August 19, 2022

Tagih majoriti dua pertiga

Secara Rawak

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu, beliau akan memberi sokongan bagi membolehkan Rang UndangUndang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 dan Akta Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti mendapat majoriti dua pertiga (2/3) pada sidang Khas Parlimen pada 11 dan 12 April ini.

Menurutnya, kementeriannya bersama Jawantankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik mencapai kata sepakat mengenai beberapa tindakan susulan berkaitan undang-undang tersebut akan dibentangkan dalam sidang khas Parlimen pada 11 April 2022.

Beliau mendedahkan bahawa sidang khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 dan 12 April 2022 diteruskab seperti dirancang untuk membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan)(No 3) 2022.

“Antara perkara dipersetujui kedua-dua pihak memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan melibatkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan bertukar parti.

“Selain itu kedua-dua pihak bersetuju untuk satu lagi sidang khas Parlimen diadakan untuk membentang, membahas, dan meluluskan undang-undang berkaitan dalam masa terdekat yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya semalam.

Tambahnya,  draf awal akta tersebut akan diedarkan untuk diteliti ahli Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik sebelum sidang khas Parlimen pada 11 April itu dimulakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru