Tuesday, August 16, 2022

385 kes baharu Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Terdapat  385 kes baharu Covid-19 di Sarawak  dengan empat kes kematian hari ini.

Dengan itu,  jumlah kumulatif kes di Sarawak meningkat kepada 301,883.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daripada jumlah baharu itu 383 kes ialah kes kategori satu dan dua manakala dua kes ialah kategori tiga, empat dan lima.

Kuching  terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 107 kes,  diikuti Miri (51), Bintulu (42), Sibu (41), Sarikei (24) dan Samarahan (14).

Simunjan (9), Serian, Bau, Dalat dan Sri Aman (8), Limbang (6), Lundu, Betong dan Pusa (5), Pakan, Matu dan Tanjung Manis (4), Mukah, Lubok Antu, Marudi, Kabong, Daro dan Belaga (3), Asajaya, Kapit, Saratok dan Meradong masing-masing (2).

Tatau, Lawas, Selangau, Subis, Sebauh dan Julau  masing-masing merekodkan satu kes.

Sementara itu, empat kematian berlaku antara 5 April hingga 7 April lalu di Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru