Thursday, May 26, 2022

Tambah belanja hari raya

Secara Rawak

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak menyambut baik pengumuman pembayaran bantuan khas kewangan sempena perayaaan hari raya kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah dan pesara.

Pengerusinya, Omar Bahrein Unin berkata, pihaknya amat menghargai inisiatif yang diusahakan oleh kerajaan kepada semua penjawat awam di negeri ini.

“Bayaran bantuan sebanyak RM500 dan RM250 serentak dengan gaji pada 25 April ini memang dinantikan oleh penjawat awam dan pesara seperti biasa pada tahun-tahun sebelum ini.

“Bantuan ini diterima baik serta bermakna sekurangkurangnya dapat sedikit membantu perbelanjaan bagi menghadapi beban kewangan terutama golongan B40 dan M40 menjelang perayaan yang dijangka boleh disambut dengan sedikit meriah tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Suara Sarawak mengenai Bantuan Khas Aidilfitri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri, semalam.

Menurutnya, usaha ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam dalam menjaga kebajikan dan membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan menjelang perayaan yang pasti akan memerlukan perbelanjaan yang lebih.

“Kerajaan juga mendengar rintihan yang diharapkan oleh pekerja dan pesara kerajaan selama ini,” katanya lagi.

Beliau berharap agar semua penjawat awam akan terus memberi perkhidmatan yang baik dan sentiasa meningkatkan produktiviti kepada masyarakat.

Selain itu, penjawat aman juga disaran supaya bijak berbelanja untuk keperluan yang berguna dan tidak berbelanja kepada barangbarang yang boleh membazir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru