Wednesday, May 25, 2022

Perlu terus waspada: Pelitup muka masih diperlukan

Secara Rawak

KUCHING:  Memakai pelitup muka bagi mengawal jangkitan virus Covid-19 masih diperlukan pada fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini,  masyarakat perlu berwaspada, dan pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu .

Ini  katanya terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi seperti tempat tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik, tempat sesak, dan tempat individu melakukan interaksi jarak dekat.

Jelasnya Covid-19 masih wujud dan menular serta mengakibatkan kematian terutamanya dalam kalangan warga emas, kanak-kanak, individu yang mempunyai sistem imuniti tubuh rendah, dan yang mempunyai komorbid.

Menurut Dr Noor Hisham, amalan terbaik adalah kedua-dua individu iaitu pembawa Covid-19 dan juga individu sihat memakai pelitup muka kerana cara itu menjadikan risiko penularan virus berkenaan pada tahap sangat rendah.

“Inic berdasarkan kemungkinan terdapat individu yang tidak tahu dijangkiti COVID-19 berada di kawasan umum kerana tidak bergejala,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Dr Noor Hisham berkata pemakaian pelitup muka yang betul adalah dengan pelitup muka menutup hidung serta mulut sepenuhnya, bukan sekadar di bawah atau hujung hidung memandangkan virus SARS-CoV-2 amat mudah merebak melalui titisan cecair atau titisan saluran pernafasan (respiratory droplets).

“Amalan saling menegur adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini di mana ia adalah amalan solidariti bagi kebaikan bersama,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru