Saturday, June 25, 2022

Wanita ditahan tikam suami

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut disyaki ditikam isterinya dalam kejadian di Kem Penrissen, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) berkaitan kematian seorang lelaki yang dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat tikaman pisau.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati berlakunya pergaduhan antara mangsa, 28, dan suspek, 24, di kediaman mereka, kira-kira jam 10.30 malam.

“Akibat pergaduhan tersebut, pisau pemotong sayur yang digunakan oleh isterinya untuk mengertak mangsa telah tertikam pada bahagian paha suaminya menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

“Mangsa yang kehilangan banyak darah dikejarkan ke HUS untuk mendapat rawatan dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sudirman berkata, suspek kemudianya ditahan di HUS kira-kira jam 2.24 pagi.

“Suspek telah ditahan lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk proses tahanan reman bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Manakala tambahnya, sebilah pisau pemotong sayur serta pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian turut dirampas.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru