Saturday, June 25, 2022

Lelaki ini berdepan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati

Secara Rawak

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin memerintahkan kes seorang lelaki tempatan atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 104 gram dan 5.40 gram dadah Nimetazepam, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tertuduh,  berusia 41 tahun  ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut 39B(2) akta yang sama, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 104 gram.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, kerana memiliki Nimetazepam seberat 5.40 gram.

Bagi kedua-dua pertuduhan,dia didapati memiliki barang terlarang itu di sebuah pangsapuri di Jalan Batu Kawa, sekitar jam 2.10 petang, 18 Januari lalu.

Dalam kes berkaitan, tertuduh juga didenda RM2,800 atau penjara lima bulan kerana positif Amphetamine dan Methamphetamine ketika ditahan oleh Bahagian Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan, sekitar jam 4.40 petang, 18 Januari lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru